Majlis Penerimaan Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber 2019

Posted by SMKRahmat On Thursday, January 24, 2019 0 comments

Barisan Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2016

Posted by SMKRahmat On Wednesday, March 9, 2016 0 comments

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar telah disempurnakan pada 25 Januari 2016. Perasmian telah disempurnakan oleh Prof  Dr. Hj. Taib Bin Hj. Dora, Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka. Semua pemimpin pelajar terdiri Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Jurujual Koperasi, Pengawas SBPT, Briged Bestari, PRS. Ketua - ketua tingkatan,

Program NILAM pagi Selasa bermula pad 12 Januari 2016, dari jam 7.00 - 7.30 pagi. Semua pelajar akan membaca dan mencatat di dalam buku NILAM. Sesi taklimat Tahap Rakan Pembaca juga diberi kepada pelajar tingkatan 5Alfa, 5 Gamma.

Pelancaran Program Jom Ler Ke sekolah disempurnakan pada 4 Januari 2016. Dengan semangat tahun baru diharapkan kehadiran para pelajar pada tahun 2016 lebih baik.

MINGGU SUAI KENAL PELAJAR TINGKATAN 1 2016

Posted by SMKRahmat On Wednesday, January 27, 2016 0 comments

Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 2016 telah berlansung pada 4 Januari hingga 8 Januari 2016.
Para pelajar diberi pendedahan tentang iklim dan peraturan sekolah. Mereka juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Kemahiran Perpustakaan telah disampaikan oleh Pn. Salmah Binti Md Ali, Guru Penyelaras Perpustakaan. Semua pelajar juga berpeluang untuk membuat pinjaman buku.

Lawatan SMK Hwa Lian Mentakab Pahang.

Posted by SMKRahmat On Monday, May 28, 2012 0 comments

Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) yang lalu, SMK Rahmat telah menerima lawatan daripada SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang. Seramai 6 orang guru JK PSS dan 37 orang pengawas PSS SMK Hwa Lian diraikan dengan paluan kompang dan persembahan silat . Peserta lawatan beramah mesra dengan para pentadbir sekolah dan guru- guru JK PSS serta pengawas PSS. Peserta lawatan kemudian dibawa melawat Bengkel KH dan PSS. Kami warga Rahmat mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada peserta lawatan semoga pengkongsian ilmu dapat meningkatkan kecemerlangan.