Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) yang lalu, SMK Rahmat telah menerima lawatan daripada SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang. Seramai 6 orang guru JK PSS dan 37 orang pengawas PSS SMK Hwa Lian diraikan dengan paluan kompang dan persembahan silat . Peserta lawatan beramah mesra dengan para pentadbir sekolah dan guru- guru JK PSS serta pengawas PSS. Peserta lawatan kemudian dibawa melawat Bengkel KH dan PSS. Kami warga Rahmat mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada peserta lawatan semoga pengkongsian ilmu dapat meningkatkan kecemerlangan.
.
Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan Treasure Hunt atau Explore Race. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. PSS mengadakan Pertandingan Jejak Maklumat yang terbahagi kepada 5 perhentian atau segmen iaitu Segmen Ketahanan Fizikal, Segmen Isu- isu Semasa, Segmen Pemikiran Kreatif , Segmen Uji Minda dan Segmen Pembacaan.