Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar telah disempurnakan pada 25 Januari 2016. Perasmian telah disempurnakan oleh Prof Dr. Hj. Taib Bin Hj. Dora, Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka. Semua pemimpin pelajar terdiri Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Jurujual Koperasi, Pengawas SBPT, Briged Bestari, PRS. Ketua - ketua tingkatan,
Program NILAM pagi Selasa bermula pad 12 Januari 2016, dari jam 7.00 - 7.30 pagi. Semua pelajar akan membaca dan mencatat di dalam buku NILAM. Sesi taklimat Tahap Rakan Pembaca juga diberi kepada pelajar tingkatan 5Alfa, 5 Gamma.
Pelancaran Program Jom Ler Ke sekolah disempurnakan pada 4 Januari 2016. Dengan semangat tahun baru diharapkan kehadiran para pelajar pada tahun 2016 lebih baik.
Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 2016 telah berlansung pada 4 Januari hingga 8 Januari 2016.
Para pelajar diberi pendedahan tentang iklim dan peraturan sekolah. Mereka juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Kemahiran Perpustakaan telah disampaikan oleh Pn. Salmah Binti Md Ali, Guru Penyelaras Perpustakaan. Semua pelajar juga berpeluang untuk membuat pinjaman buku.
Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) yang lalu, SMK Rahmat telah menerima lawatan daripada SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang. Seramai 6 orang guru JK PSS dan 37 orang pengawas PSS SMK Hwa Lian diraikan dengan paluan kompang dan persembahan silat . Peserta lawatan beramah mesra dengan para pentadbir sekolah dan guru- guru JK PSS serta pengawas PSS. Peserta lawatan kemudian dibawa melawat Bengkel KH dan PSS. Kami warga Rahmat mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada peserta lawatan semoga pengkongsian ilmu dapat meningkatkan kecemerlangan.
.
2011
Johan Inovasi Terbaik Anugerah Q- Bestari Sekolah- Sekolah Kawasan Alor Gajah, Melaka.
Johan Pengurusan Pusat Akses Terbaik Anugerah Q- Bestari Sekolah- Sekolah Kawasan Alor Gajah, Melaka.
Penarafan 5 Bintang SSQS Anugerah Q- Bestari Sekolah- Sekolah Kawasan Alor Gajah, Melaka.
2010
Saguhati Pertandingan Blog PSS Sekolah - Sekolah Menengah Negeri Melaka Anjuran PUSTAKAM.
Penyertaaan Tokoh Pembaca NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar N. Melaka.
2009
Pertandingan Tokoh Pembaca NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Najiha Bt. Abu Hanifa - Naib Johan
Siti Khatijah Bt. Ahmad - Tempat ke -3 Negeri
Pertandingan Pengurusan Pusat Akses Cemerlang Negeri Melaka.
Tersenarai 3 buah sekolah terbaik.
Pertandingan Pengurusan NILAM Cemerlang Negeri Melaka.
Tersenarai 5 buah sekolah terbaik.
Anugerah NILAM dan Khemah Membaca Kebangsaan, Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Najiha Bt. Abu Hanifa mewakili peserta Khemah Membaca negeri Melaka.
Pn. Salmah Bt. Md Ali, Guru Perpustakaan dan Media menjadi guru pengiring pasukan Khemah Membaca Negeri Melaka.
Kem Maxis Cyberkids, Hotel Legacy, Melaka.
Penyertaan daripada 7 buah sekolah Negeri Melaka.
2008
Johan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Melaka.
Pertandingan Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Mohamad Shafiq B. Abd. Ghafar - Naib Johan
Mohamad Sahfid B. Karidin - Tempat ke- 5
Anugerah NILAM dan Kem Penulis Muda Kebangsaan, Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Mohamad Shafiq B. Abd. Ghafar mewakili peserta Kem Penulis Muda Negeri Melaka.
Pertandingan Kuiz Sempena Program Latihan Bersepadu ICT Negeri Melaka.
Johan Kawasan
Tempat Ke 3 Negeri Melaka.
2007
Johan Pertandingan Membina Laman Web Astronomi Negeri Melaka.
Pertandingan Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Rafidah Bt. Sahadad - Johan
Norshafiqah Bt. Mohd Sani - Naib Johan
Anugerah NILAM dan Khemah Membaca Kebangsaan.
Rafidah Bt.Sahadad mewakili calon Tokoh NILAM kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Norshafiqah Mohd Sani mewakili peserta Khemah Membaca Negeri Melaka.
Johan Pertandingan Jejak Maklumat Negeri Melaka.
Sagu hati Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Melaka.
2005
Pertandingan Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Rahimah Bt. Sahadad - Johan
2004
Pertandingan Tokoh NILAM Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Rahimah Bt. Sahadad - Johan
Anugerah NILAM dan Khemah Membaca Kebangsaan.
Rahimah Bt. Sahadad mewakili calon Tokoh NILAM kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Negeri Melaka.
Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan Treasure Hunt atau Explore Race. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. PSS mengadakan Pertandingan Jejak Maklumat yang terbahagi kepada 5 perhentian atau segmen iaitu Segmen Ketahanan Fizikal, Segmen Isu- isu Semasa, Segmen Pemikiran Kreatif , Segmen Uji Minda dan Segmen Pembacaan.


























