KE ARAH PUSAT SUMBER YANG BERFUNGSI
Pusat Sumber Sekolah yang berfungsi hendaklah ditadbir dan diurus secara cekap dan bersistem. Sembilan perkara berikut hendaklah diberi perhatian dan tindakan yang serius
1. PEWUJUDAN JAWATANKUASA INDUK
2. PEWUJUDAN JAWATANKUASA KERJA
Untuk memastikan agar Pusat Sumber Sekolah dapat berjalan dengan teratur dan lancar di dalam memberi perkhidmatannya, ia perlu sebuah jawatankuasa kerja yang cekap dan efisyen. Bagi menentukan bahawa Jawatankuasa Induk dan Kerja dapat beroperasi dengan berkesan maka perkara-perkara berikut perlu ada pada seseorang AJK :
mempunyai sikap positif dan proaktif
bekerja secara berpasukan.
komited dengan peranannya.
sentiasa berkerjasama pada bila-bila masa.
bertolak ansur antara satu dengan lain.
mempunyai perasaan kekitaan.
sedia berkorban masa, tenaga dan material.
3. PERATURAN
Pusat Sumber Sekolah harus menyediakan peraturan dan penjadualan kerja berikut
Dasar dan peraturan (Ditentukan oleh AJK Induk)
Jadual penggunaan Pusat Sumber Sekolah (AJK Kerja)
Jadual Peminjaman (AJK Kerja)
Jadual/Takwim Aktiviti penggalakan Penggunaan PSS (AJK Induk dan Kerja)
Jadual bertugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah (AJK Kerja)
Beberapa perkhidmatan hendaklah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah antaranya :
Membaca
Rujukan
Peminjaman
Bengkel penghasilan bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Rakaman
Reprografi (pendua/fotostat) bagi yang mempunyai kemudahan.
Panduan dan nasihat.
Pusat Sumber hendaklah dibersihkan setiap masa termasuk semua ruang dan bahan yang hendak digunakan/dipinjamkan.
Pastikan peredaran udara dan cahaya memuaskan untuk keselesaan pengguna.
Pastikan pintu kecemasan di sediakan.
6. BAHAN
Bahan-bahan yang ada pada Pusat Sumber adalah seperti :
Pelbagai jenis buku :
Buku Fiksyen
buku bacaan am
buku rujukan am
buku bacaan bertanda merah
Akhbar
Majalah, risalah dan poster
Fail tegak /buku skrap yang memuatkan keratan akhabar, majalah dan sebagainya.
Bank Soalan Fail dan jilid mengikut peperiksaan
Perkakasan dan perisian (APD)- termasuk CD P&P multimedia dan bahan bantu belajar lain.
7. PENGURUSAN BAHAN
Bahan-bahan sumber maklumat yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah hendaklah diurus dengan cekap dan pastikan perkara-perkara berikut dilakukan:
Bahan direkod dengan lengkap, kemas dan betul dalam buku perolehan.
Bahan dikelas dengan betul.
Bahan diproses dengan sistematik dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Hendaklah menyediakan label petunjuk yang jelas.
Bahan disusun dengan kemas dan rapi.
Buat pemeriksaan stok.
8. PENGGUNAAN BAHAN PSS DALAM P & P
Bahan-bahan Pusat Sumber adalah versatile dan terpulang kepada guru untuk menggunakannya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Beberapa contoh kaedah penggunaan bahan adalah seperti :
Penggabungjalinan beberapa bahan dalam sesuatu mata pelajaran
Pengintergrasian sebuah bahan dalam berbagai mata pelajaran. CONTOH : Sebuah carta mengenai PELANGI boleh digunakan dalam beberapa mata pelajaran iaitu Sains, Seni, Bahasa dan sebagainya.
Pengintergrasian sebuah bahan dalam beberapa skop sesebuah mata pelajaran. CONTOH : Sebuah carta mengenai PELANGI boleh digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan pelajar boleh mengolahnya dalam bentuk karangan, surat kiriman, sajak dan sebagainya.
Pelaksanaan kemahiran maklumat yang mana pelajar menggunakan pelbagai sumber rujukan di Pusat Sumber berkaitan sesuatu tajuk yang diajar termasuk kerja projek dan kerja bertopik.
Pelaksanaan kemahiran belajar seperti mengulangkaji, mencatat nota, panduan menjawab soalan dan sebagainya.
Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Pengiklanan boleh dijalankan melalui pameran buku/bahan baru, poster, secara lisan, hari terbuka PSS dan sebagainya. Melalui pengiklanan para pengguna akan tahu apakah perkhidmatan dan juga bahan-bahan sumber maklumat yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti seperti sesi bercerita, melukis, persembahan boneka, lakonan, lawatan dan sebagainya boleh dilakukan sebagai promosi bagi mewujudkan suasana yang menyeronokan kepada pada pengguna.
0 comments:
Post a Comment