Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Membaca 2010.

Posted by SMKRahmat On Thursday, May 27, 2010 0 comments

Dengan bertemakan “Generasi Membaca Era Digital” Banyak Membaca, Hidup Berjaya, Bacalah… satu Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan pada 8 Februari 2010. Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk menggalakkan warga Rahmat membaca. PSS dengan kerjasama semua guru merancang pelbagai aktiviti membudayakan amalan membaca antaranya minggu akademik mengikut bidang, minggu pusat sumber, minggu ict, lawatan ke pesta buku dan aktiviti pameran, ceramah, bengkel, seminar, sudut bacaan kelas, kantin bermaklumat dengan penekanan membaca di era digital.

0 comments:

Post a Comment