Proses Teknik Bahan Buku PSS.

Posted by SMKRahmat On Monday, May 31, 2010 0 comments

PSS dengan kerjasama Kelab Perpustakaan mengadakan aktiviti Proses Teknik Bahan Buku. Para pengawas PSS dan ahli- ahli Kelab Perpustakaan diberi pendedahan bagaimana sesebuah buku baru di perpustakaan sekolah diproses . Proses teknik bahan buku merupakan satu proses yang sistematik bertujuan memudahkan pengguna mendapatkan bahan. Mereka didedahkan dengan peralatan yang perlu seperti Poket Buku, Kad Pinjaman Buku, Slip Tarikh Pulang , Selotep / Loytape , Label, Stamp pad + rubber stamp, Slip Kerja , Gam , Gunting dan sebagainya. AJK PSS menerangkan tunjuk cara memproses bahan buku yang sistematik.





0 comments:

Post a Comment