Pilih Buang

Posted by SMKRahmat On Saturday, May 29, 2010 0 comments

Kaedah Menjalankan Proses Pilih Buang Bahan Bacaan.

  1. Operasi gempur proses pilih buang

  2. Sepanjang masa.

  3. Di kaunter

  4. Pilih buang akhir tahun.

Operasi Gempur Proses Pilih Buang

  1. Operasi gempur proses pilih buang bahan bacaan akan dijalankan secara besar-besaran untuk memperolehi bahan bacaan yang berkualiti.

  2. Operasi gempur proses pilih buang akan diadakan lima tahun sekali.

  3. Operasi gempur proses pilih buang akan diadakan semasa perkembangan staf khas Pusat Sumber.

  4. Dengan adanya operasi gempur proses pilih buang, jumlah bahan bacaan sebenar akan diperolehi.

Langkah-langkah Menjalankan Operasi Gempur Proses Pilih Buang

  1. Jawatankuasa proses pilih buang diwujudkan.

  2. Proses pilih buang secara besar-besaran diadakan ketika perkembangan staf.

  3. Rak-rak buku dibahagikan kepada guru-guru.

  4. Setiap satu bahagian atau rak dua orang guru.

  5. Dua Pengawas Pusat Sumber bagi dua guru tersebut.

  6. Seorang guru memilih dan mengeluarkan bahan bacaan yang perlu dipilih buang berpandukan kriteria pilih buang bahan bacaan.

  1. Seorang guru lagi menyemak semula bahan bacaan yang dikeluarkan dari rak dan membuat keputusan sama ada memasukkan bahan bacaan berkenaan ke dalam kotak pilih buang atau baik pulih.

  2. Pengawas Pusat Sumber merekodkan bahan bacaan dalam rekod pilih buang dan rekod baik pulih.

0 comments:

Post a Comment