Program Guru Ganti Inovatif

Posted by SMKRahmat On Monday, July 26, 2010 1 comments




.
Bengkel Projek Guru Ganti Inovatif.
PSS dengan kerjasama semua guru dan pengawas- pengawas PSS telah mengadakan bengkel penghasilan bahan untuk Projek Guru Ganti Inovatif. Projek Guru Ganti Inovatif merupakan satu usaha untuk mempastikan kelas ganti berkesan dan waktu pembelajaran pelajar tidak terbiar begitu sahaja. Projek ini dapat dimanfaatkan oleh guru ganti dengan menggunakan bahan sumber yang telah disediakan. Antara objektif Projek Guru Ganti ialah nenjadikan kelas ganti berfokus dan berkesan disamping mengisi masa belajar dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu projek ini mendekatkan murid- murid dengan bahan sumber yang menarik, kreatif dan berilmu pengetahuan. Seterusnya menyedarkan murid-murid tentang kepentingan membaca dalam proses pembelajaran. Akhirnya projek ini dapat merangsang rasa ingin tahu para pelajar bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu. Antara bahan yang disediakan ialah lembaran kerja ( mata pelajaran), karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Keratan Akhbar/Majalah, Kuiz Uji Minda/ Teka Silang Kata/Harta Karun, Permainan dalaman Karem/Dam/Congkak/Kit Permainan P & P./Eduweb TV/dll), Permainan Online/Offline Berbentuk Pendidikan, Perisian software (photoscape/mind manager/front page/power point/dll) dan internet. Pihak PSS juga menyediakan bakul buku (fiksyen).
Projek Guru Ganti Inovatif merangkul Johan Inovasi Terbaik Sempena Anugerah Q- Bestari 2011.

1 comments:

lakinoberle said...

iBuyer - Electronic Arts
Electronic Arts is bringing you the best value electronic sia titanium games available. We bring titanium flash mica to you the best titanium teeth dog value Electronic game products at an ford titanium ecosport affordable price. 2014 ford focus titanium hatchback

Post a Comment