Program NILAM

Posted by SMKRahmat On Friday, May 28, 2010 0 comments

Program NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Latar Belakang

Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

Program NILAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

Objektif

    1. Menjadikan murid banyak/suka membaca

    2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program Nilam

  1. Rekod Membaca - Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

  2. Pengesahan Pembacaan - Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

  3. Pengiktirafan - Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Perlaksanaan

Program NILAM mempunyai dua tahap:


Tahap I - JAUHARI
Tahap II - RAKAN MEMBACA

Tahap JAUHARI

  1. Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.

  2. Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.

  3. Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui PSS dan lain-lain sumber.

  4. Mula dinilai dari Kelas Peralihan/ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

  5. Markah dikira mengikut jumlah buku yang dibaca.

Tahap RAKAN PEMBACA (RP)

  1. Kebolehan murid membimbung dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
  2. Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap RP.
  3. Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
  4. Buku yang dipinjam dari PSS atau sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dll.
  5. Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman,pendengar dan pembaca.

Contoh Aktiviti Rakan Pembaca (RP)

  1. Bercerita
  2. Membaca Bersama
  3. Bicara Buku
  4. Meminjam buku
  5. Pidato
  6. Ulasan Buku dll

Sistem Ganjaran

Tahunan - Buku Rekod Kemajuan Keseluruhan -

Selepas lima tahun di Sekolah Menengah :- Sijil Berhenti Sekolah / Surat Akuan Sekolah.

Tahap JAUHARI - mengikut jumlah bacaan/buku pengiktirafan

72 - 143 Gangsa
144 - 215 Perak
216 - 287 Emas
288 ke atas NILAM

Rakan Pembaca (RP) - mengikut markah yang diberikan

100 - 199 Gangsa
200 - 299 Perak
300 - 399 Emas
400 ke atas NILAM

Masa yang disarankan program NILAM

  1. Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
  2. Waktu untuk aktiviti PSS
  3. Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan
  4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca
  5. Dalam pelbagai aktiviti membaca
  6. Waktu rehat

Cadangan aktiviti program NILAM

  1. Program Iqra'
  2. Membaca Bersama
  3. Ceramah Buku
  4. Khemah Membaca
  5. Bacalah sayang
  6. Kuiz Pengetahuan
  7. Pertandingan Bercerita
  8. Radio Sekolah
  9. Pameran Buku
  10. Pidato
  11. Akhbar Dalam Darjah
  12. Reading is Fun
  13. Klinik Membaca
  14. buku Skrap
  15. Membaca waktu senggang

0 comments:

Post a Comment