SEJARAH PUSAT SUMBER SMK RAHMAT.
Pusat Sumber SMK Rahmat pada asalnya ditempatkan di bangunan A bersebelahan bilik kaunseling. Menjelang tahun 1990 an operasi Pusat Sumber sekolah telah dipindahkan ke bangunan kekal iaitu di bangunan C sehingga sekarang. Atas keperluan dan pertambahan jumlah pelajar , bilik tayang yang lama bertempat di bangunan A terpaksa di ubah suai menjadi kelas. Bangunan PSS yang ada sekarang menempatkan Perpustakaan, bilik pengurusan, bilik penyimpanan APD dan bilik tayang di tingkat 1. Sementara bilik BBB di tempatkan di tingkat bawah bersebelahan dengan surau lelaki sekolah.
Bersesuaian dengan zaman era ICT dan ledakan teknologi maklumat, PSS SMK Rahmat akan dilengkapkan dengan keperluan dan kemudahan moden seiring dengan kemajuan pendidikan era Bestari. Rancangan pembangunan dan penstrukturan semula PSS mulai tahun 2005 ini mengorak langkah untuk melengkapkan dan menyediakan kemudahan bertaraf moden. Antaranya menyediakan Pusat Sumber berhawa dingin, kemudahan sistem pengautomasian, rangkaian internet dan bilik koleksi / rujukan khas.
Pada tahun 2008 PSS SMK Rahmat telah dilengkapi dengan Pusat Akses Sekolah membolehkan warga sekolah mengakses internet dengan talian schoolnet sekolah selain. Selain itu , Bilik Arkib Rahmat, Anjung Warisan juga telah diwujudkan . Pada tahun yang sama juga PSS SMKR menerima sumbangan pendingin udara bagi Pusat Akses Sekolah dan pemasangan lantai marmar perpustakaan. Pada tahun 2009 pula Anjung NILAM , Anjung Ppda dan Anjung Bestari telah diwujudkan bagi meluaskan sumber ilmu di SMK Rahmat.
KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH.
Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat yang penting di dalam institusi sekolah dalam usaha memperoleh , mengumpul dan membimbing maklumat terkini untuk dimanfaatkan bagi menyediakan bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pemelajaran. PSS menjadi tempat gedung ilmu bgi pelajar dan guru memperoleh sumber yang diperlukan.
PSS sebagai agen pembangunan kepada kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran dan memenuhi kegiatan murid- murid ketika di sekolah mahu pun di luar sekolah. Kegiatan murid- murid juga boleh digalakkan dan dimulai di PSS. Secara lansung murid- murid dapat dapat memperkembangkan keintelektualan, kemahiran, perkembangan sahsiah dan mengujudkan jatidiri yang kental. Begitu juga sebagai tempat guru memperoleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan berkesan.
Pembentukan PSS yang bersistematik dan mempunyai kemudahan ICT serta berkesan bukan hanya bergantung kepada guru PSS sahaja tetapi adalah tanggungjawab bersama semua organisasi sekolah. Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai pusat sumber agar dapat memberi sumbangan idea dan tenaga dalam membangunkan PSSnya
MATLAMAT PSS
Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progesif, berinovasi, berteknologi serta mengesankan bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan Pendidikan
SMK Rahmat.
.
OBJEKTIF PSS
1. Membantu murid- murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berasaskan sumber.
2. Melengkapkan murid- murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup.
3. Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid- murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai- nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.
4. Dapat membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, boleh berinteraksi sesama mereka, bekerjasama, berdisplin serta memahami alam sekitar.
5. Membantu perkembangan setiap murid secara menyeluruh dalam berbagai segi dan pembentukan tingkahlaku yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan Pendidikan.
6. Dapat memupuk tabiat membaca serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.
7. Dapat melahirkan golongan murid celik ‘ICT’ .
STRATEGI
Menstruktur dan mengemaskinikan semula system pengurusan Pusat Sumber.
Mewujudkan fizikal PSS yang selesa, tersusun dan kondusif dengan pengubahsuaian semula struktur dalaman.
Memperluaskan konsep PSS sebagai ‘ konsep sekolah berrangkaian sumber’.
Mempertingkatkan kemudahan PSS dengan system pengoperasian yang lebih bersistematik dan mesra pengguna.
Membekalkan guru- guru sumber dengan input mengenai pengurusan PSS melalui kursus dan bengkel yang diadakan secara dalaman atau yang dianjurkan oleh PKG dan BTPN.
Menambahkan koleksi bahan buku dan bahan bukan buku selaras dengan keperluan warga sekolah.
Merekodkan data- data bahan buku dalam system pengautomasian yang moden.
Menghapus atau melupuskan bahan yang lama atau rosak atau sukar dibaik pulih serta sudah ketinggalan zaman.
Merangka dan melaksanankan program penggunaan PSS dan galakan membaca bgi meningkatkan mutu pendidikan.
Menggalakkan pelajar dan guru mengunakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PSS melalui promosi atau brosur PSS.
Menjadi nadi penggerak kepada guru- guru agar sentiasa peka kepada perkembangan dalam pendidikan terutamanya ledakan era teknologi maklumat.
VISI PSS
Melahirkan insan berbudaya ilmu
Membentuk individu kreatif dan inovatif
Membudayakan penggunaan teknologi dan media dalam P&P
MISI PSS
Menyediakan perkhidmatan mesra dan berkualiti
Berusaha mencapai target sekolah
Melengkapkan PSS dengan prasarana terkini
Mengaplikasikan ‘ICT’ dalam proses P&P
0 comments:
Post a Comment