Aktiviti Pengkelasan Bahan Buku

Posted by SMKRahmat On Monday, May 31, 2010 0 comments

Aktiviti Pengkelasan Bahan Buku

Pengkelasan bermakna mengumpulkan bahan-bahan yang sejenis (atau berkaitan), setempat (atau berdekatan) mengikut jenis subjek atau media. Tujuan diadakan pengkelasan adalah membolehkan pengguna-pengguna mengesan atau mencapai bahan yang dicari dengan mudah, dengan bantuan yang paling minima dari pustakawan. Kementerian Pendidikan telah memilih Sistem Pengkelasan Dewey (DDC) kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah. Terdapat sepuluh bahagian utama dalam DDC disamping pembahagian kecil daripada 10 bahagian utama dan pembahagian yang lebih khusus . Setiap bahan buku yang telah dikelaskan akan diberi nombor panggilan dan diletakkan di rak yang telah disediakan.

0 comments:

Post a Comment