PSS telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antara Bangsa dan melawat KLCC Aquaria pada 17 April 2010. Lawatan ini merupakan aktiviti tahunan untuk memupuk minat membaca di kalangan warga Rahmat disamping memperoleh bahan yang pelbagai dan terkini. Seramai 80 orang pelajar dan 10 orang guru menyertai lawatan kali ini. Lawatan ke KLCC Aquaria menggamit keseronokan menerokai alam dasar laut. Pelbagai spesies hidupan laut menjadi tontonan dan keasyikan. Kunjungan ini menimbulkan rasa kesyukuran atas kurniaan pencipta dan berasa bertuah berada di bumi Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment